Articles
Doorgift Paling Popular

Personalized Chocolate Bar merupakan doorgift paling popular yang ditempah oleh pelanggan setakat ini.
Ia bukan sahaja ditempah oleh individu pasangan yang bakal berkahwin tetapi juga syarikat korporat untuk majlis rasmi mereka. Ribuan personalized chocolate bar ditempah setiap bulan untuk majlis perkahwinan,hari jadi,akikah dan majlis korporat.
Berikut merupakan sebab kenapa personalized chocolate bar amat popular:
1) Penampilan sangat unik dan menarik. Pembalut boleh direka khas dengan meletakkan gambar atau perkataan yang diingini.
2) Tampak ringkas tapi menarik ditambah lagi dengan hiasan reben. Amat sesuai jika diletakkan di atas meja tetamu untuk majlis di hotel atau dewan yang menetapkan meja untuk tetamu.
3) Mudah dijaga kerana bentuk chocolate bar tidak terjejas walaupun mengalami kecairan sedikit, tidak seperti praline.
4) Mampu milik, cukup hanya sekeping chocolate bar sebagai hadiah untuk tetamu. Sekiranya ingin mudah dibawa, pilih Pakej Combo (Mini Personalized Paper Bag + Personalized Chocolate Bar 40g).

